Ahad, 30 September 2012


Qawiyul Jism atau dalam bahasa melayunya ‘Sihat Tubuh Badan’ merupakan salah satu daripada 10 muwasafat tarbiyah yang perlu dirutinkan oleh seorang individu muslim.
Persoalan pertama untuk para pembaca, mengapa kita perlu memiliki jasmani yang kuat dan sihat? Sebelum menjawap persoalan itu, gemar saya kongsikan sepotong hadis dari junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.



Senaman :-
  • Lakukanlah senaman setiap tiga hari seminggu selama 15-20 minit.
  • Disyorkan senaman berjalan dan lakukan sebagaimana berikut :-
    • Senaman dimulakan dengan berjalan sederhana selama 1 minit dan berjalan perlahan selama 4 minit dan ulang 3 kali untuk jadikan jumlah 15 minit.
    • ada peringkat permulaan jarak yang tidak terlalu jauh dipilih dan jarak jauh berjalan di tambah secara berperingkat sehingga mencapai 5-6 kilometer. Alternatifnya senaman boleh dimulakan dengan tempoh 5-10 minit dan akhirnya setelah beberapa minggu mencapai tempoh 40 minit.
    • Perlu dimulakan 5 atau 6 bulan sebelum anda ke Tanah Suci.
    • Dapatkan nasihat doktor sebelum dan selepas senaman jika ada masalah kesihatan
  •  



     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan